PPSMI : never ending story

I found an article which is very interesting to share....

" tujuan kerajaan memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) adalah untuk rakyat malaysia khususnya melayu supaya dapat menguasai bahasa inggeris dengan begitu baik..


namun begitu, pada saya sebagai seorang anak melayu bekas pelajar aliran bahasa melayu tidaklah bersetuju..


biar saya kemukakan hujah2 saya..


1) istilah matematik - istilah matematik dalam bahasa inggeris memang terlalu banyak dan sebenarnya tidak membantu pun dalam meningkatkan bahasa inggeris pelajar kita..

mengapa saya berkata demikian?? contohnya istilah seperti 'SQUARE ROOT' , 'TO THE TEN POWER OF' tidaklah membawa apa2 maksud dan makna dalam bahasa inggeris itu sendiri..ia cumalah istilah matematik yang mana di dalam bahasa melayu kita pun sudah ada iaitu 'PUNCA KUASA DUA' , 'SEPULUH KUASA '

adakah dalam percakapan seharian pelajar2 ini perlu menggunakan istilah2 'alien' ini dalam kehidupan mereka?sudah tentu tidak! JADI DI MANA PERLUNYA SEMUA INI?


2 ) MENYUKARKAN - ini masalah paling utama dan lebih merbahaya.. cuba anda bayangkan, bagaimana pelajar itu hendak menguasai matematik yang asas sedangkan bahasa yang digunakan tidak difahami? kita bukan menyelesaikan masalah malah kita menambah masalah yang sedia ada menjadi semakin rumit iaitu pelajar2 tadi tidak faham bahasa inggeris dan juga tidak faham matematik seterusnya menyumbang pula kepada gejala lebih teruk iaitu kepada ponteng sekolah kerana merasa bosan kerana apa yang diajar di sekolah tidak difahami dan sering mendapat keputusan yang teruk..

ibubapa di rumah pula tidak dapat membantu..kalau ibu bapa yang berada dan tinggal di bndar bndar besar mungkin boleh membantu dengan menghantar anak2 ke pusat tuisyen yang bagus dan bermutu atau mengajar sendiri anak2 mereka tapi bagaiman pula dengan ibu bapa yang di kampung??

kalau bahasa melayu sekurang2nya dapat lagi ibubapa tersebut tolong sikit2, namun kalau bahasa inggeris alamatnya terus tercicir la pelajar tersebut..


3 ) BEBAN PADA GURU - guru sepatutnya berusaha mengajar matematik atau sains namun kini mendapat lagi beban apabila terpaksa mengajar dalam bahasa inggeris di mana guru2 tersebut mengalami kesukaran untuk menerangkan istilah dan konsep matematik dan sains ditambah pula denagn istilah bahasa inggeris yang pelik2 .. maka guru pub terbeban, pelajar pula lagi la teruk..

4) TIDAK PERLU - perlukah kita malaysia hendak semua pelajar kita bertutur dalam bahasa inggeris?? perlukah kita malaysia even tukang sapu sampah pun nak pandai bertutur dalam bahsa inggeris? mmg betul bagus jikalau dapat bertutur dalam bahasa inggeris namun iu cumalah sebagai bonus.. tidak lah perlu beriya - iya sampai kan kita anak melayu hendak disuruh bercakap bahasa inggeris sampai bunyinya mengalahkan mat saleh siap dengan slang2 UK pula..

dan umum mengetahui jikalau anak malaysia tanpa mengira melayu, cina atau india, jika dia tahu berbahasa ingggeris, maka bahasa inggeris lah yang akan digunakannya dan tidak akan lagi kedengaran beliau berbahasa melayu sebgai bahasa kebangsaan, umum mengetahui yang malaysian memang ada ego dan perasan bangga bila boleh bercakap bahasa inggeris macam dia sorang je yang pandai!!!


pada pendapat saya cara untuk menyelesaikan masalah ini cukup mudah, kerajaan kembali kepada asal..


macam kami bekas pelajar aliran sains tulen menggunakan bahasa pengantar bahasa melayu , yang mana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM akan ditaja oleh MARA atau JPA dan dari situ kami telah dihntar belajar dalam program A LEVEL atau IB yang mana subjek2 seperti fizik, kimia, biologi, matematik , semuanya diajar dalam bahasa inggeris..


mula2 pada masa 6 bulan pertama memanglah tunggang langgang dan teruk sangat kerana apa yang diajar daahulu semasa di sekolah semuanya bahasa melayu dan bila datang ke situ dalam bahasa inggeris..

namun alhamdulillah, semua nya leh cope up dengan situasi di mana kami pelajar ini telah mempunyai asas matematik, fizik, kimia, biologi, yang kukuh dan kuat cuma perlu belajar bahasa inggeris untuk terjemahkan istilah2 dari bahsa melayu ke dalam bahasa inggeris dan akhirnya kami berjaya melanjutkan pelaajran di luar negara..

ini lebih baik daripada kita biarkan pelajar2 yang baru darjah 1 belajar dalam bahasa inggeris dan kemudiannya terkontang kanting dan kita telah 'menggelapkan' dan 'menggadai' masa depan mereka..

hanya yang benar2 layak dan mampu sahaja dengan asas yang kuat sahaja yang dipilih kemudian barulah diserap ke dalam program bahasa inggeris seperti yang belajar di luar negara..


apakah negara2 maju seperti german, sepanyol, perancis, china, jepun, korea menggunakan bahasa inggeris??


jangan lah kita terlalu cepat melatah sedangkan kemajuan bukan diukur pada bahasa inggeris tapi diukur pada daya usaha bangsa itu sendiri..

source: http://www.pemikirgenerasix.blogspot.com

note : For me, as a malay, being a student who don`t have strong English background, will have difficulties to deal with technical terms in English. It is English language syllabus who suppose to be re-shuffled. Because the way school teach us, is not very efficent since we only study to know english , not to speak english. This what happen in Malaysia

Ibn Faldan


No comments: